Wednesday, July 12, 2017

Review Buku Fragile by Syira Lokman ^^

Assalamualaikum..anye0ng hasey0 !!!
selamat hari raya guys..wahhh lamanya tak menulis...macam kekok pulak rasa..haha..
kali ni aku nak review buku dari blogger yang memang dah lama dan selalu aku usya blog dia...blogger Syira Lokman dah release buku yang ke-2...wahhh..tepuk sikit ! 
before this penah baca buku Serenity by Syira Lokman kat MPH....tapi tak sempat beli pun..but kali ni rasa bertuah sebab sis Syira Lokman bagi hadiah buku dia yang kedua which is Fragile....nak tahu buku tu macam mana ??? ni dia.....

thanks Syira Lokman !

buku Serenity & Fragile by Syira Lokman
 Sebelum ni aku kenal Syira Lokman dengan penulisan di blog dia dan tak lama lepas tu sis Syira Lokman berjaya hasilkan buku tulisan beliau sendiri....bagus betul tengok blogger muda ni berjaya keluarkan buku sendiri...teringin nak ikut jejak beliau..hehe..apa apa pun semoga sis Syira terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi....

jom kenal sis Syira Lokman ^^

Sinopsis Buku Fragile by Syira Lokman :

Buku ni tentang pandangan tentang kehidupan yang menyentuh soal diri, hubungan dengan manusia dan Allah SWT...buku ni sarat dengan kata-kata positif yang kadang menyentuh jiwa aku...pengisian yang santai tetapi cukup bermakna....kalau terasa jiwa kosong dan negatif, buku ni boleh buat korang tenang bila membacanya sebab penuh dengan nasihat-nasihat dan renungan dalam kehidupan...antara kata kata dalam buku Fragile yang boleh aku kongsikan :

HIKMAH

bila kita kecewa namun masih boleh bersabar,
Allah wujudkan kegembiraan untuk hilangkan rasa hambar.

Bila kita permudahkan urusan orang lain, 
Allah permudahkan urusan kita.

Bila kita bantu insan lain dengan membuka jalan rezeki mereka,
Allah murahkan lagi rezeki kita.

Ini semua hikmah.
nampak mudah, nak buat susah. 

" Hikmah akan dirasakan selepas kita redha dengan apa yang berlaku dan ikhlas dalam membantu "

It's a WRAP !

kalau nak baca banyak lagi kata kata Syira Lokman jom beli guys !

Komen aku tentang Fragile by Syira Lokman :

Buku ni nipis je dan convenient which is senang nak bawak ke mana-mana..selalu kalau nak pegi mana-mana aku masukkan dalam handbag je..ringan tu ofcourse lah ringan..hehe..cover nampak classic and cool sebab colour dan corak dia nampak simple & menarik..penulisan sangat tak memboringkan dan ada gambar-gambar jugak...kata-kata dan puisi yang tidak terlalu sarat dan lebih bercorak santai...btw memang menarik sangat bagi aku ^^ thanks sis Syira Lokman for this awesome book ! im waiting for your next book ! *flying kiss

highly reccomended ! πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰


So, macam mana korang boleh dapatkan buku Serenity & Fragile ni ???!

Kalau korang pergi mana-mana bookstore, better korang tanya terus di kaunter, so mudah, diorang akan beritahu kat rak mana atau paling best, diorang yang carikan.
Tapi kalau korang nak buku dipos terus ke rumah, lagi mudah..whatsapp je 0162093151 (KOMRAD BUKU)

 Taip : TAJUK/KOD BUKU <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT 

Korang juga boleh order secara online di https://bookcafe.com.my/ atau http://www.mustread.com.my/home/



Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #fragilesyiralokman dan #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram  !
jom kenal sis Syira Lokman dengan lebih dekat !


Email : syiralokman21@yahoo.com.my


good new for you guys !!!


#Siapa nak COD buku Fragile & Serenity bertandatangan ?? PM Syira Lokman di facebook sebelum 2 September 2017 ! 
stok terhad ! COD Ipoh ya :D



Tuesday, April 4, 2017

23th bday ; )


salam..any0ng hasey0 !!
sedar tak sedar dah 23 tahun hidup atas muka bumi ni..rasa kejap je masa berlalu...
untuk ulang tahun yang ke-23 ni tak banyak yang aku harapkan..semoga diri terus maju dan dapat tambah experiences dalam hidup...semoga sentiasa dikelilingi orang orang yang boleh bagi inspirasi pada diri....semoga amalan semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia....^^

semoga tahun ke-23 ini memberikan rezeki yang cukup melimpah untuk diri dan family tercinta !
 πŸ’˜πŸ’—πŸ’–

♥ Happy Day ♥                                                                                                                                                      More:


ucapan ulang tahun yang ke-23 ni jugak aku tujukan untuk kembar aku, husna yang jadi peneman hidup since dalam perut ibu until sekarang...semoga kita sama sama dapat grade hujung tahun ni, dapat kerja yang bagus dan happykan ibu dan ayah !
* tak lupa jugak dekat kawan kawan yang sama data birthday macam kami....



4 APRIL 1994
*NICE DATE FOR AWESOME PEOPLE LIKE US ; )



Thursday, March 30, 2017

MyeongDong Topokki & The Housemaid (Cohaugai) review ^^



salam..any0ng hasey0 !!!
rabu lepas lepas kelas pagi pegi Mines, Serdang jap sebab nak redeem tiket movie free...actually dah lama aku dapat movie access tu tapi memang target minggu ni baru nak pegi sebab nak habiskan program dan presentation..kasi lapang sikit kepala otak..haha




mula mula ingat nak tengok Beauty & The Beast but midnight baru start....movie lain macam kurang berkenan je so aku decide tengok movie The Housemaid film Vietnam genre horror & romance..nanti aku akan buat review..actually nak share tempat makan yang aku baru try kat Mines tu...Myeongdong Topokki nama dia...restoren ni berkonsepkan makanan jalanan korea ...sementara tunggu show time aku pun lunch lah kat situ,...yang best nya kedai ni set makanan dia dah sekali dengan air, side dish & banchan yang korang boleh refill...




time tu aku order Cheese Rapokki which is Teopokki + ramyun + cheese....memang dah lama nak makan cheese rapokki ni...few month lepas time pegi dubuyo cheese rapokki tu out of stock...so dah lama nak try dish ni...dah alang alang ada so aku order je lah....time aku pegi almost lunch hour tapi tak ramai lagi orang...so kejap je tunggu....




so far aku rasa teopokki kat kedai ni betul betul kena ngan tekak aku...kepekatan kuah dia dan rasa pedas pedas memang aku suka sangat..portion dia boleh tahan banyak kalau nak dibandingkan ngan dubuyo....lepas tu dia ada bagi kimbap sekali dalam 5 pieces...rasa pun nice dan banchan dia ada sayur campur, kimchi & ikan bilis goreng...lepas habis semua aku request kimchi lagi...dah alang alang banchan free tambah je lah...kimchi dia pun sedap sangat ! so lepas ni kalau nak try the best korean street food boleh lah usya restoren Myeong Dong Topokki yang berdekatan ngan tempat korang...


MYEONGDONG TOPOKKI




Review filem The Housemaid ( COHAUGAI)



Cerita ni dah lama ada kat Vietnam tapi baru masuk Malaysia..kisah tentang seorang gadis Vietnam yang merupakan anak yatim diterima bekerja kat sebuah rumah agam di ladang getah berhantu dan jatuh cinta dengan pemilik ladang tu yang berbangsa Perancis, Kapten Sebastian Laurent yang berstatus duda...opening cerita ni dia tunjuk macam mana wife dia bunuh anak dia dan diri dia sebab menunggu kepulangan Kapten Laurent ni...cinematografi cerita ni menarik sangat dengan latar permandangan ladang getah, rumah agam lama dan nature view keseluruhan cerita ni...at last ada plot twist yang jauh dari expectation aku....rupanya perempuan Vietnam tu nak balas dendam atas kematian ayah dan ibu dia....tapi dalam masa yang sama dia fall in love dengan Kapten Laurent dan roh ex-wife kapten ni masuk dalam diri dia....nampak horror tapi tak berapa nak seram sangat sebenarnya....even aku duduk sorang sorang kat row aku tapi takde rasa nak menjerit pun..haha....overall aku bagi rate filem ni 6/10 ^^





Tuesday, March 7, 2017

Wordless Wednesday ^^

salam..any0ng hasey0 !!!

Image result for KATA-KATA HIKMAH HAMKA

lumrah hidup kadang berada di atas, kadang berada di bawah...bertabahlah saat kau sedang diuji dan berpada padalah saat kau merasa senang....ada saat kau jatuh tersungkur saat orang lain sedang berada di atas....saat itu muhasabah lah....jangan pernah mengalah kerana hidup ini sangat singkat untuk kau terus tangisi kegagalan itu....kadang ada orang yang mempersoalkan tanpa merasai sendiri apa yang kita rasakan....pedulikan semua itu dan teruskan capai impianmu πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

If you fail to plan, you are planning to fail - Benjamin Franklin 

anyeong higasey0 ! πŸ˜πŸ‘―


Monday, February 27, 2017

4 Fingers Nu Sentral ^^



salam..any0ng hasey0 !!!
pejam celik pejam celik dah dekat bulan 3....
so far baru 3 sem berlalu...kelas 2 hari je seminggu tapi busy mengalahkan kelas 5 hari...
sokay sokay...dah semester last dah pun...bulan 6 dah boleh balik kampung tanam jagung ^^
last week singgah Nu Sentral konon nak tukar baju lepas pegi satu event ni...sekali dah terlalu kat 4 Fingers kepala dah teleng sebelah dah..mata pun pun blink blink tengok chikcen crispy dia...memang tengah rasa nak makan benda alah ni...last week time pegi Mid Valley ada gak 4 Fingers ni tapi time tu jalan sorang, so macam tak syok makan sorang even iolls suka forever alone...
kalau tak silap aku 4 Fingers ni merupakan cawangan kedua kat Malaysia...

muka tak sabar nak makan....selekeh pun selekeh lah...

so lepas solat maghrib singgah lah situ...disebabkan aku jalan ngan kawan tempat keje lama so belanja lah dia gak....nasib baik time tu tak ramai orang...so terus pegi kaunter and tanya apa menu menarik kat situ...rupanya dah 7 bulan 4 Fingers kat Nu Sentral tu beroperasi...even tak lah besar macam yang kat Mid Valley tu yang penting dapat makan..haha..restoren ni ala ala fast food sistem dia tapi menu dia bole tahan menarik dan sedap untuk dicuba..
lepas dia suggestkan menu so aku pun bayar lah then dia bagi buzzer and carilah port mana best nak duduk...lepas buzzer tu menyala dan berbunyi baru pick up kat kaunter lagi satu...jangan lupa bawak buzzer tu sekali pastu letak dalam bakul yang dah disediakan...


time tu aku makan chicken rice ngan set ayam combo...actually tak ingat apa nama dia...korang bole order untuk kcombo atau ala cart...macam set aku ada nasi ala2 korean, ayam dalam 4 ketul ngan coleslaw...pastu yang set kawan aku ada ayam dalam 6 ketul, kentang flavor kimchi ngan air...so far 2 ni menu yang sedap gila untuk korang cuba....nak nak time hujan time tu memang licin aku makan...kawan aku order nasi extra dia just cas RM2.50 je...total 2 set ni dalam RM37 something...boleh lah sekali sekala kalau nak reward diri....hahaha


nampak tak ayam dia yang berkilat tu....sekali gigit memang crispy dan rasa manis manis soy sauce and herbs...memang korang sendiri boleh dengar kerangupannya bila gigit ayam tu....haish terliur pulak den menengoknyaaa....kentang dia pun not bad..tak cepat layu...kentang dia pun rangup dan sesuai ngan flavor kimchi powder tu...tapi kurang pedas kalau makan macam tu je...last last aku request sauce kat kaunter...


4 Fingers kat Nu Sentral ni tal lah sebesar yang kat Mid Valley tu tapi still selesa dan menarik design dia...sambil sambil duduk dia pasang techno song....malas nak tangkap gambar sangat...lebih kepada nak makan je sebenarnya ni..haha


so inilah dia front look 4 Fingers Nu Sentral...sape yang teringin nak rasa dipersilakan...yang penting halalan toyyiban...pekerja pun tak kerek dan mesra pelanggan....paling penting korang kena cuba signiture dish dia...apa lagi...ayam  crispy lahh...
yang kawan aku tu sibuk posing depan tu...happy dapat kena belanja....okay lah...lepas ni cuba makan lain lagi ye.....


Wednesday, February 8, 2017

Hiking Gunung Ulu Semangkok & Gunung Gap ^^



salam..any0ng hasey0 !!!
actually nak post pasal gunung semangkok X gunung gap ni tahun lepas (2016) tapi alang alang dah terlajak aku post je lah..haha..
kali ni kalau tak silap dah dekat 7 kali aku mendaki tapi since masuk universiti aku sellau join ngan classmate aku...nama group tu group amateur hiker 😎
actually sem lepas tersangatlah pack sampai takde masa nak berjimba sangat..so dah alang alang member ajak aku pun on je lah...sekali sekali nak isolate kan diri dari stress yang melanda...
trip kali ni aku join ngan member dari darul quran dan UUM..banyak lah dapat kawan baru..

before naik ulu semangkuk & gap

well perjalanan dari UKM  nak ke Hulu Selangor boleh la tahan jauh so pukul 4.30 pagi dah ready keluar dari Bangi...subuh sampai kat masjid area Hulu Selangor dan terus ke tempat pendakian...time sampai ada kereta kitorang je...perjalanan nak ke bottom mountain bole tahan jauh tapi best sangat sebab feeling nature sangat ! sebab dia sama jalan kalau nak ke Fraser Hill..
before naik buat strecthing sikit sikit (padahal tak exercise sangat pun..)
dalam pukul 7.15 pagi kitorang start pendakian😁


what a nice view😍

perjalanan menuju ke puncak gunung Ulu Semangkuk dan Gunung Gap tak lah mencabar sangat macam naik Gunung Nuang..rasa tenang je dan trek tak terlalu mencabar....yang penting tak lama macam naik Nuang dulu...hihihi
ohh ya kalau nak tahu gunung Ulu Semangkok dan Gunung Gap ni sebelah sebelah je...so memang trip ni akan naik dua gunung...nak sampai ke gunung Ulu Semangkuk kena lalu Gunung Gap dulu...kira 2 in 1 lah ni...hehe
sambil sambil naik sambil usya alam semula jadi, dengar lagu, dan ofcourse tangkap gamba and some nature views...indahnya ciptaan Allah !


lepak jap tunggu member kat belakang 

finally..alhamdulillah we did it !!!!!

dalam pukul 11 pagi dah sampai puncak Gunung Ulu Semangkuk...before tu sampai kat puncak Gunung Gap (tak ingat pukul berapa)....cuma perjalanan dari gunung Gap ke puncak gunung Ulu Semangkok tak jauh sangat....dalam sejam lebih rasanya.....



segarnyaaa udara atas ni......sejuk je rasa.....



gunung gap completed !
Gunung Ulu Semangkok completed !

some of view...

some of view...

some of view...

last potrait before turun...

dekat bawah gunung Gap ni kalau jalan sikit je memang dah sampai Bukit Fraser dah tapi aku tangkap gamba kat signborad tu je...badan dah penat dan berpeluh so kitorang decide singgah kat masjid untuk solat nak pegi makan....next time bole pegi lagi...kira worth sangat ! ..trip kali ni memang enjoy je sebab rasa fun dan excited dapat tawan dua gunung....so ni last mission aku untuk tahun 2016...2017 maybe another mountain and hills pulak !


dekat sangat dah ngan Bukit Fraser !


Tuesday, January 31, 2017

End of Jan 2017



salam..any0ng hasey0 !!!
motif sangat post ni sebab dah akhir bulan satu baru nak post..padahal konon azam tahun baru nak aktif blog.....semoga tahun 2017 lebih memberikan kebahagiaan dan pengajaran yang berguna untuk diri ni....semoga tahun 2017 aku lebih kenal ramai rakan rakan baru dan orang orang yang lebih memberikan semangat dan keceriaan....semoga segala kesibukan memberikan lebih manfaat untuk diri ini.....keep it up !

IT JUST NEW BEGINNING !!!!!