Friday, September 17, 2010

RESEPI APPLE CRUMBLE..


Bahan-bahan:

3 biji epal hijau
2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu gula perang
1 buku mentega Buttercup
2 cawan tepung gandum
buah beri Kering
buah pic Kering
jus oren


Cara-cara:
1.Letakkan epal hijau didalam bekas kaca tahan panas dan taburkan serbuk kayu manis,gula perang,buah beri kering dan buah pic kering.

2. Seteruskan tuangkan jus oren dalam 3 sudu.

3. Asingkan tepung dan mentega Buttercup dibekas lain serta digaul sehingga sebati.

4. Selepas siap taburkan ke dalam bekas kaca tahan panas yang diisi dengan bahan-bahan diatas tadi.

5.Bakar didalam ketuhar selama 15 minit.


Cadangan hidangan : Boleh juga dimakan bersama dengan aiskrim

No comments: