Saturday, January 8, 2011

resepi blueberry cheesecake,,,

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 80g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai
  • 40g butter
  • 200g cream cheese
  • 30g gula halus
  • 1 biji kulit lemon
  • 4 sudu kecil madu
  • 60g plain yogurt
  • 70g fresh milk
  • 12g gelatin - cairkan dengan 3sb air suam
  • 125g fresh cream
  • 1 biji jus lemon
  • 6 sudu besar jem blueberry
  • 70g blueberry fruit

Cara-cara

  1. Blueberrycheesecake1
    Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.
  2. Blueberrycheesecake2
    Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
  3. Blueberrycheesecake3
    Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.
  4. Blueberrycheesecake4
    Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.
  5. Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.
  6. Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
  7. Blueberrycheesecake6
    Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.
  8. Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.
  9. Blueberrycheesecake7
    Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.
  10. Blueberrycheesecake8
    Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya.
  11. Simpan dalam peti ais sehingga beku.

No comments: