Tuesday, May 15, 2012

3 RESEPI DESERT SPECIAL UNTUK K0RG~






any0ng hasey0 !!! best giler last week bila aku dapat attend kursus memasak kat k0lej komuniti,sabak bernam c0z maybe ni last kursus masak yg aku pegi...insyaALLAH tak lama lagi aku nak berangkat ke KISAS (kolej islam sultan alam syah ) kat Klang...aku akan amik tingkatan 6 atau lebih dikenali dengan pra-universiti...perjalanan hidup kena diteruskan...lagi pun menuntut ilmu tu mmg satu kewajipan bukan...by the way..before aku berangkat ke sana aku nak share 3 resepi yg aku dah pelajari kat sana..3 resepi desert yg sangat mudah + lazat untuk dicuba....resepi kek tiramisu,kek p0p & fruit tartlet..
luv co0king~hee~
pukul sampai kembang ye kak~haha


FIRST RECIPE :-KEK TIRAMISU..(italian desert)

BAHAN:-
3 biji kuning telur
130 gram gula ising
125 gram mascerpone cheese/cream cheese
500 gram whipping cream (disejukkan)
15 gram gelatin
1 paket sponge finger..
1 mangkuk bancuhan nescafe (nescafe+air+sedikit gula)
koko ( sebagai hiasan )
biskut tiramisu/sponge finger..
inilah dia mascerpone cheese~



CARA:-
1.pukul whipping cream hingga kembang dan asingkan
2.pukul telur & gula ising hingga kembang
3.masukkan mascerpone cheese/ cream cheese dan kacau perlahan
4.masukkan whiping cream tadi dan gelatin yg telah dicairkan & kacau perlahan
5.tuang adunan ke dalam acuan & lapis dengan sponge finger(yg telah dicelup dengan bancuhan nescafe) secara berselang seli
6.sejukkan dalam peti sejuk dalam 2-3 jam & boleh dihidang





camni la rupe nye kek tiramisu~


SECOND RECIPE:- KEK POP

BAHAN:-
kek span biasa / kek yg tak jadi (bantat/terlebih masak..)
krim frosting ( 3 jenis )
*coklat compound + butter (double-boiled)
*cream cheese + icing sugar (pukul)
*coklat masakan + sedikit fresh milk + butter (double boiled)
( tak kisah korg nak guna krim frosting yg mane satu..)



CARA:-
1. hancurkan kek sehancur hancur nya...hingga jadi macam serbuk...
2.pilih cream yg korg nak wat
3.adunkan serbuk kek tadi & cream frosting korg tu sampai sebati..
4.bulatkan / kepalkan adunan kek tadi..
5.salutkan dengan coklat dan taburkan dengan hiasan ikut suka korg..

s0 yummy~

THIRD RECIPE :- FRUIT TART

PASTRI

 BAHAN:-
250 gram butter
125 gram gula icing
40 gram tepung jagung
400 gram tepung gandum
2 gram emplex (tak nak letak pun tak apa)
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila

CARA:-
1.pukul butter dengan gula icing hingga kembang & masukkan esen vanila
2.masukkan telur & putar hingga kembang
3.masukkan tepung gandum + tepung jagung
4.gaul dengan tangan & uli adunan
5.tekan dalam acuan tart & cucuk dengan garfu supaya udara boleh keluar
6.bakar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20-25 minit hingga kekuningan

FILLING (KASTARD)

BAHAN:-
450 gram susu segar
45 gram tepung kastard
45 gram gula kastor
3 sudu kecil esen vanila
60 gram butter

CARA:-
1.satukan semua bahan untuk kastard except esen vanila & butter dalam periuk
2.kacau hingga semua sebati
3.masak atas api kecil hingga kastard pekat
4.matikan api dan masukkan esen vanila & mentega
5.kacau rata & ketepikan sebentar

HIASAN

BAHAN:-
buah strawberri
buah kiwi
buah pic
*hiris buah tersebut
coklat masakan
whipping cream

CARA:-
1.panaskan whipping cream + hirisan coklat hingga sedikit berbuih & matikan api
2.sapu sedikit adunan ini atas kulit tart tadi
3.paipkan kastard tadi hingga separuh penuh
4.susun buah ikut kreativiti


amacam..??!!! sedap kan semua resepi yg aku dah share kat korg ni kan...kalau korg sendiri yg buat & makan barulah lagi nikmat rasa nya...HAHA..aku harap korg boleh buat time masa free...lagi best kalau korg buat semua resepi ni bersama budak budak / anak anak korg...HEHE..bila la agak nya aku dapat buat semua ni bersama anak anak aku..??huhu..berangan je..memasak tu satu benda yg mudah & menyeronokkan bukan,,??!!lastly..may ALLAH bless us...bye~

No comments: