Friday, June 7, 2013

5 Ayat Jiwang Korea Yang Mampu Mencairkan Hati ^^


salam..any0ng hasey0....rasanya dah lama aku dah tak buat entry merepek gila nak mampus kan...s0 tengah aku usya usya s0mething kat internet tadi tetiba jumpa satu artikel nie...haha..aku yakin entry ni sangat interesting.......lagi lagi kepada sapa sapa yang tengah bercintan cintun..*mata pandang atas, tangan kat bahu...

siapa kat sini pernah teng0k drama k0rea....haha..cepat angkat tangan  !!! saya !!!! saya !!!....ehh...ni mesti ada yang tak mengaku kan...alaa...0rang yang tengah baca ni pun mesti penah kan........

Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta di0rang sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona * feberet s0ng~ . Silap-silap haribulan kalau k0rang menggunakan ayat jiwang Korea kepada teman k0rang time bercinta dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie. 

Situasi 1
Tangan anda memegang si dia dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
0wh..macam tue yeee....

Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si dia. Belai rambutnya, pegang telinga si dia, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..
chuwahae~

Situasi 3
Semasa si dia ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukanya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
cinca..??!!!i can't live with0ut you.....!!! 

Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi teman anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.

bef0re aku tembak kau...lbey baik kau terima aku..ngee~

 Situasi 5
Si dia yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi teman kepada seorang guy lain. Disebabkan guy tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?
apsal tak keluar lagi air mata ni......!

aku tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si dia anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.

fullhouse
0kayy..takde kne mengene...




1 comment:

fardiyah said...

so sweet..hahaha >_<