Sunday, December 28, 2014

lunch cara orang malas..

salam..any0ng hasey0 !!!
esok dah start final exam...seyes rasa cepat sangat masa berlalu...
padahal rasa baru je masuk first sem ni....masuk kelas tut0, kuliah, kelas citra bagai...tup tup dah nak exam dah....memandangkan dah nak exam ni...kene betul betul pandai bahagi masa...suasana belajar pun kena control sendiri...stress pun kena kawal....aku pun tak berapa sihat sebenarnya...lately macam macam sakit yang datang...tapi takpe...jadikan sakit tu penghapus d0sa...yang penting study smart....

tamat la sudah ayat yang berbunga....sebenarnya nak story pasal hari ni..disebabkan malam tadi aku bantai tidur pukul 3 pagi...actually pakat dengan ro0mate nak bangun lambat sama sama..memandangkan kit0rang sama sama "cuti"...s0 bajet study lebih sikit malam tadi...then pagi lepas bangun subuh gajah  terus mandi and sambung study....sampai lah tengah hari aku pun merayap kat bilik sorang member ni....roomate aku pun dah merayap entah ke mana dengan kawan dia...semalam kemain plan nak 0rder pizza delivery....tapi member aku ni sangat manja...s0 aku lah yang mengorderkan...


santapan dah sampai..

our threat t0day !

lepas call abang pizza...terus aku 0rder Big Variety Box  & Jam Pack Pizza...nasib baik cuaca mendung je..belum hujan lagi,,,,tapi masa tu risau gak la sebab hujan renyai renyai..pastu berenti jap...masa member aku beli air aku pun setia lah menunggu abang pizza sampai...tak sampai setengah jam abang pizza pun datang dengan bawak hidangan lunch merangkap breakfast kit0rang...tunggu apa lagi..masuk bilik, tukar baju and bedal lah sampai habis...ikutkan hidangan pizza tu untuk 3-4 orang tapi peduli apa aku...licin jugak akhirnya kit0rang telan...alhamdulillah....nikmat sekali sekala...nak keluar malas...s0 gunalah kemudahan yang ada...hihi...



 creamy carbonara pasta, garlic bread, jam pack pizza, mushroom soup & new orlean chicken..
terima kasih  ya Allah..kenyang lah jugak makan semua semua ni...daripada makan bersila sampailah d0k melunjur kaki....sampai lah habis kit0rang makan...lepas ni nak cuba yang lain pulak...aku ni dah la selalu tukar tukar selera...aci nak rasa je semua...bersyukur duduk UKM..banyak betul kemudahan kat sini...lagi lagi untuk orang malas dan mengada ngada macam aku ni...heeheee

#happystudy
#go0dluckfinalexam
#prayf0rpantaitimur


bagi yang tak tau order online...sini aku ajarkan caranya :


1) call 1300 88 2525.. bayangkan iklan piza 0ne three hundred eight eight tw0 five two five !!!
tunggu sampai talian disambungkan then tekan 1 untuk bahasa Malaysia dan tunggu sampai dengar suara abang pizza..
2) bagi nama dan alamat..dia akan search alamat kita dulu...
3) pilih nak order yang mana *kalau takde pemplet sendiri dia akan bacakan menu..kalau dan tambah hidangan lain pun bole...
4) lepas dia buat confirmation harga, sediakan duit secukupnya & pizza akan datang dalam masa tak 30 minit..

biasanya dalam lagi 10 minit dia nak sampai, dia akan call dan cakap nak ambil kat mana..kalau macam aku suruh dia pegi kat foyer kolej aku...

taraa !!! abang pizza sampai dan boleh buat pembayaran...senang kan ??

1 comment:

Bahrain Ramlan said...

pernah sekali je order macam ni. hehe