Saturday, October 10, 2015

Broga Hill II


Salam..any0ng hasey0 !!!
lama tak update...sakit gila badan hari ni...tapi puas sangat rasa semalam dapat tawan Bukit Broga buat kali kedua ! hehe…sebenarnya tak terasa nak naik lagi pun cuma disebabkan aku incharge bahagian pendaftaran untuk persatuan kampus aku..so dapatlah amik pengalaman buat kali kedua ^^



Broga 6.45 am..subhannallah..indahnya ciptaan Allah !!
berposing sementara tunggu yang lain sampai puncak..


Perasaan bila naik bukit of course lah akan gayat ! mana tak gayat….segala lembah dan curam terpaksa ditempuhi demi nak melihat ciptaan ilahi….aku pun memang suka cabar diri pegi daki tempat tinggi tinggi….so bila dapat peluang ni kena lah grab kan….bangga jugak lah bila aku antara perempuan yang awal sampai bukit dari kawan kawan aku….dalam pukul 6.45 dah sampai puncak bukit…yeayyy !!!!

with my darling

nice journey

luvly coursemates

siapa sampai sini dia hebat !


Tapi yang paling tak bestnya panjat bukit ni bila nak naik punyalah senang sebab tak pandang bawah…sekali bila nak turun mak aiiii !!!! gila gayat weyyyy….rasa macam menyesal pun ada kenapalah aku naik….tapi bila dah sampai bawah dia punya rasa puas tu memang susah nak gambarkan….kadang tengok budak budak kecik and orang gemuk boleh naik dan turun takkan aku tak boleh…so memang terasa motivated sangat….

kat bawah Broga Hill ni ade warung...lepas turun bole la singgah..

muslimat power !!!

seram wehh ! tapi cantik view dia..

matahari mula nak terpacak..



So korang bila dapat peluang macam ni jangan lepaskan tau…rugi gila aku cakap…sesekali tu cuba cabar diri sendiri….sebab kepuasan dia memang korang sendiri akan rasa….okay lah..esaimen yang berlambak lambak dah menyeru….nampaknya bermandi esaimen lah aku lepas ni….doakan esaimen aku cepat siap tau….!! hehe


tengs semua yang menjayakan.....gembira dapat kenal kalian !!!


3 comments:

Haffizul Iskandar said...

selalu baca pasal broga hill ni, tapi tak pernah sampai sana lagi. InsyaAllah 1 hari nanti. :)

Hajar Shikin said...

teringin jugak nak panjat - memanjat ni tapi takde peluang lagi

Nabihah Arrose said...

SERONOKNYA DAPAT MENDAKI BUKIT :-)