Sunday, November 1, 2015

hiking Bukit Saga ^^


Salam..any0ng hasey0 !!!
Semalam first time aku daki Bukit Saga kat area Ampang  bersama geng hikers course aku kt UKM..actually baru je tertubuh group ni sebab sorang member aku ni memang kaki daki bukit/gunung.. so dari situ tercetuslah idea dia nak buat group amatur hikers …tak sia sia aku join group ni.…sebenarnya ni kali kelima aku mendaki bukit..sebelum ni aku dah daki Bukit Broga dua kali, sekali Bukit Unggul, Bangi ngan sekali Bukit Jugra kat Banting…apa yang menarik bila hiking ni kita akan rasa motivated sangat…sebabnya bila kita semakin naik atas bukit, semakin tinggi semangat kita bila nak sampai puncak bukit..cuma kadang bila nak turun tu lagi mencabar sebenarnya..



with gigirls..


Best sangat pengalaman kali ni sebab bukit dia boleh tahan mencabar…dua kali naik turun sebab nak pegi waterfall sekali….mostly chinese yang kitorang jumpa kat Bukit Saga tu…sebelum nak naik jumpa Edry KRU…hihi..rupanya dia pun nak ber-hiking time tu….hensem weh..haha..dekat 5 jam jugak lah menghabiskan masa dekat bukit tu…tapi memang cantik nature kat dalam hutan tu…cumanya view dia tak lah secantik Broga sebab puncak bukit tu tak nampak apa-apa permandangan pun…tapi syok gak berbaring kat buaian  yang disediakan kat puncak bukit tu sambil melelapkan mata mendengar bunyi unggas dan serangga..cewahh !

finally we reach to the top !!!!

air terjun Bukit Saga

Bukit saga ni banyak trek, so korang tak payah risau sangat bila nak daki sana…so far selamat lagi tempat tu…kira terpelihara lagi nature dia..air terjun kat situ pun best sangat…Aku tabik gila ngan member aku selaku pengarah team hiker ni sebab betul betul dapat capaikan impian aku nak panjat bukit….untuk aktiviti ni aku tak keluarkan sebarang duit pun sebab pakai kereta member sendiri je….then ada yang belanja makanan….sebab tu penting cari member yang ada minat yang sama dan ta kisah bab duit…hihi…

keep on climbing !!

view KL dari Bukit Saga

cumanya as perempuan bila nak hiking ni banyak benda kena jaga…time nak daki and nak turun tu jangan hentak-hentak sangat…just slow and steady…pad atau panty liner jangan lupa bawak sebagai persediaan..pilih outfit yang sesuai..wajib pakai sport shoes bila nak hiking especially yang jenis ringan..kalau tak memang sakit gila lah kaki korang..warming up and cooling down bila lepas turun..jangan terus duduk ….buat stretching sikit..alhamdulillah kaki tak sakit sangat pun walaupun sangat adventure pendakian bukit Saga ni….kepuasan dia tu memang korang sendiri kena rasa bila ber-hiking nanti…




After we climbing a great hill, one only find there are many more hills to climb - Nelson Mandela


1 comment:

Anne Zoak said...

wow! I been on broga hill once. wish I can do more like you. ;)