Friday, July 31, 2015

raya with THEM ^^





 salam..any0ng hasey0 !!!
syawal berapa ye sekarang ?? 15 kut rasanya..haha...
yeayy esok cuti...sekejap je rasa seminggu bekerja.....
so rasa macam nak share kenangan beraya dengan member member sekolah rendah....
setelah 9 tahun kenal dan masing masing membawa haluan masing masing untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman....finally kami berjodoh jugak raya tahun ni....before ni memang ada je gr0up wssap sekolah rendah..tapi sejak awal sem lepas dekat 40 group wassap aku..so daripada aku krikk krikk je kat dalam tu aku pun left la..hihi...


guru kelas kesayangan...dari darjah 4 sampai darjah 6..cikgu faridah ^^

ingatkan dah bersawang dah group tu rupanya tetap meriah.....masa bulan puasa lepas diorang ada buat iftar tapi aku tak sempat join sebab dah kerja kat nilai....cuma raya ni baru sempat jumpa diorang....yang tak boleh blah...3 kali aku jumpa muka muka diorang ni...first masa diorang raya rumah aku, second masa kitorang jumpa kat open house rumah kawan dan third kitorang buat baraan sama sama....padahal tahun sebelum ni susah nak kumpulkan diorang....alhamdulillah tahun ni merasa beraya dengan diorang....




biasa lah kalau beraya dengan kawan kawan...mula lah nak throwback bagai...macam macam cerita keluar....kawan yang dulu aku benci gila pun sampai dah hilang benci aku tengok dia...nampak matang semacam je....cantik dan handsome semua....ahaha

 


  

baraan yang dirancang tak sangka sampai ke malam berjalan....yang paling best dapat beraya rumah cikgu-cikgu dulu....lepas tu mengimbau kenangan satu kelas kena lari padang lah....kena cili sorang sorang sebab bising lah...haha...benda yang pahit pun boleh jadi manis...




 

last house beraya...rumah jiran sekampung....

so guys....good luck in your dreams.....all the best yang nak sambung degree bulan 9 ni....congrates buat yang baru grade....korang kawen nanti kita buat gathering ramai ramai lagi....semoga berjumpa lagi raya tahun depan !

 

till we meet again guys ^^
















Topup Mini Giveaway By Cik Mimie ^^



salam..any0ng hasey0 !!!
jemput join ^^

klik banner



Tuesday, July 28, 2015

raya this year ^^

 salam..any0ng hasey0 !!!
dah 2 hari bekerja setelah cuti raya...tapi mood raya still teringat ingat lagi...mana taknya...time aku tengah buat bahan bantu mengajar pun asyik terpasang lagu raya je kat mp3...huhu...
tapi aku sangat puas bercuti sebab dapat cuti sampai raya ke-10..hehe..
cumanya hari tu kat rumah line internet lambat gila...so bila dah kat tempat keje ni  wifi punyalah laju...dapat lah aku upload sikit gambar kenangan raya lepas...atleast bila aku dah tua...dapat lah aku tengok balik nanti....tunjuk kat cucu cicit ke nanti..haha..gila !

 BALIK KAMPUNG


since dah duduk universiti, sekali setahun je balik kampung..itu pun time raya...kalau masa lain entah bila lah agaknya dapat jejak kampung....rumah sendiri pun susah nak balik.....enjoy betul perjalanan balik kampung hari tu...jalan pun tak jem pastu dapat jumpa siblings yang jarang balik gak...


  





so bila dah sampai kampung Tanjung Rimau Dalam, Melaka...rasa excited sangat...tengok rambutan, durian, kedondong semua berbuah.....terus hilang rasa demam...sampai sampai..bukak pintu keta terus tangkap gamba...macam batak pun ada..haha..lantak lah..kampung sendiri kan...tahun ni persiapan biasa biasa je....mana yang aku bole tolong tu aku tolong lah...tapi kalau dah malas gila dok mengadap wssap ngan insta je lah nampaknya ngan siblings...dapat dapat time tu tak puasa..ahaha
 

HARI RAYA ^^


 



 

 


sebelum sesi bermaaf maafan sempat lah posing 5-6 kali depan halaman kampung....lagi pun aku suka tema kitorang tahun ni...simple je..pakai jubah...jubah pun ibu aku jahit sendiri....untung dapat ibu sendiri jadi tukang jahit...boleh demand lebih..free of charge lagi..kihkih..so that's all my siblings..ada yang sekolah rendah, menengah dan uni..gambar gambar ni semua adik adik aku ambik..mentang mentang fon diorang lagi canggih dari aku...so menumpang bergambar je lah...haha..tu pun bukan selalu dapat posing sama sama..normal lah adik beradik, bila dekat gaduh..bila jauh rindu...

 

masa sesi bermaafan tu sayu lah jugak....tapi dah jadi benda wajib tiap tiap raya...nak mintak ampun segala dosa....raya ni terasa dialog maaf aku lama sikit....sebab bukan selalu meluah rasa macam ni kan.....so mintak lah maaf kalau ada salah silap dari kecik sampai besar, halalkan makan minum, doakan result exam (kebetulan baru lepas exam), mintak doakan dimurahkan rezeki..macam macam lagi lah !




lepas tu macam biasa lah...aktiviti beraya bersama sepupu dan berjumpa sanak saudara....time ni lah nak cerita panjang lebar kisah family, study kat mana, buat apa sekarang....so cliche...raya kali ni aku dah bertekad...kalau dapat duit raya dah kira rezeki sangat.....huhu...dah besar lah katakan...masa ni gaji pun tak masuk lagi..huaaaaa...




bila dah balik rumah, kalau tak beraya dengan kawan kawan, dok rumah je lah tengok tv, online ke...ada satu hari tu 3 adik aku buat baraan....pehhh...2-3 kali masak spagetti...bila raya ni signiture dish rumah aku spageti je....takde masa nak masak complicated sangat...haha..yang penting diorang suka..nanti aku akan update entry beraya dengan kawan....so sekian..ini sahaja...now masih 12 Syawal..enjoy your raya guys..^^







Saturday, July 25, 2015

raya this year ^^




salam..any0ng hasey0 !!!

masih dalam mood raya ??! haha..
mesti lah kan.....tapi sekarang dah mula rasa sunyi sebab adik adik ada yang sekolah, balik ostel...
kawan kawan pun dah mula balik uni dan kerja.....rasa macam nikmat gila bila dapat cuti sampai raya ke-10 !
tahun ni baru terasa nikmatnya raya...bayangkanlah 3 kali tak jemu beraya dengan kawan kawan sekolah rendah...hampir 9 tahun terpisah...entry maybe soon...
tahun lepas beraya di hospital sebab demam denggi......so tahun ni alhamdulillah dapat merasai nikat sebenar raya.....everything is going well...even before raya demam sikit..biasalah berjangkit demam, batuk, selsema ngan anak-anak murid....
cuti hari raya ni sebenarnya masa aku untuk luangkan masa lebih sikit dekat rumah even hakikatnya aku jenis yang tak boleh duduk lama dekat rumah....
raya kali ni aku lebih suka mengadap fb/insta melihat gambar gambar raya yang orang selalu share dari mengadap rancangan tv yang entah apa apa....aku tengok sekarang ni banyak cerita yang tak best kalau nak dibandingkan dengan raya dulu dulu...
tak tahu lah kalau aku je ke yang rasa....
beraya tu opkos lah aktiviti wajib....pantang diajak member...kalau free memang aku akan beraya....tapi kalau diorang nak datang rumah aku lah yang kena tunggu...
nanti mula lah kebosanan melanda...
so i'm enjoy having so much time at home with my raya <3


*line dekat rumah aku sangat lembab sampai nak upload gambar raya pun susah....so maybe soon aku upload....



Image result for hari raya
selamat hari raya ^^




Sunday, July 12, 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan. 

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah 
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat. 

3. Penghantaran Yang Fleksible 
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan. 

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :) 
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50. 

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.

6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)







part-time teaching ^^


salam..any0ng hasey0 !!!
lama rasanya tak update blog...since mula cuti sem last week....dah dua minggu cuti sem macam betul pengalaman yang aku dapat....masa first week tu seyesly bosan gila duduk kat rumah...tambah tambah aku ni bukan jenis yang suka duduk rumah....melagha je duduk rumah...lagi lagi time bulan puasa....





so last week terus aku decide nak kerja kat tadika tempat lama aku dulu...alhamdulillah diorang sangat mengalu alukan....yang paling best dapat jumpa dengan anak anak tadika yang baru dan berpeluang ajar ramai orang....hihi..bila bulan puasa ni macam macam betul kerenah diorang...semua rutin puasa dan raya diorang cerita....haha..perasaan nak mengajar mereka excited lah jugak sebab aku memang suka budak budak...even baru kenal tapi diorang tak berenti bercerita macam macam benda...since aku mengajar aku banyak tahu camne nak handle budak..especially yang kaki nangis..





suasana ramadhan kat sini best sangat...depan tadika aku masjid putra Nilai..so tak payah fikir nak masak masak time buka...buka puasa kat masjid je....konfem free dan banyak...kalau rasa bosan buka kat masjid boleh beli kat bazar tepi ni je...baru first week dah kena demam..mana taknya...diorang ni selalu kena batuk, selsema, demam...so memang tak hairanlah kalau orang kurang antibody macam aku ni kena sekali...tapi demam demam pun terasa nak jugak ajar diorang...ada sorang student tu aku terharu sangat...daripada dia zero membaca...sampai dah boleh kenal dan baca perkataan....tecnically kat sini cara aku ajar lebih kepada phonic..so nak tak nak kena paksa jugak diorang bukak mulut dan lontarkan suara..tapi selalunya aku yang hilang suara dulu..


semoga anak anak membesar dengan solehah

insyaALLAH aku akan kerja kat sini sampai hujung bulan 8...so sempatlah kumpul banyak kenangan dengan diorang....suci sangat diri mereka...bila datang ke tadika belajar agama...kadang bila reflect balik kat diri...aku kena cuba buat yang terbaik untuk diorang...contoh, kalau aku nak ajak diorang jadi baik..aku sendiri kena tunjukkan contoh yang baik...dan aku selalu mintak diorang doakan kejayaan aku...aku percaya...pintu rezeki aku jugak adalah dari doa doa mereka...semoga Allah permudahkan mereka untuk menuntut ilmu dan dapat menyumbang untuk Islam..^^