Thursday, November 19, 2015

busy


salam..any0ng hasey0 !!!
yes !!!! aku agree sangat sangat ! kadang kita busy sampai lupa nak ambik masa untuk diri sendiri...
insyaAllah semoga kesibukan ini terisi dan menjadi manfaat untuk aku sendiri....
Ya Allah..berikanlah aku keberkatan waktu dan kesempatan untuk menyiapkan segala tugasanku....

#routet0assignmentsss
#routet0finalexam





Tuesday, November 17, 2015

thanks FlyFM ^^



Salam..any0ng hasey0 !!
kadang kadang tuah orang memang sudah nak jangka...sebab rezeki Allah tu memang luas..cuma tinggal kita je nak usaha atau tak....alhamdulillah contest yang tak sampai 5 minit aku masuk last week dapat bagi aku tuah....thanks Flyfm for giving this reward for me..insyaAllah i will use it wisely ^^ 






manfaatkan peluang yang ada di depan mata...semoga segala peluang akan memberikan rezeki yang lebih kepada kita ^^

Wednesday, November 11, 2015

imagination ^^


salam..any0ng hasey0 !!
sambil sambil goyangkan tangan dan kaki siapkan esaimen terasa dah lama tak blogwalking....well..blogwalking is the best theraphy untuk aku legakan stress..boleh tengok macam macam entry...paling penting dapat tambahkan kawan, pengetahuan dan pengalaman....for now aku nak share current best song yang selalu aku dengar....hihi


                          Imagination -Shawn Mendes


for now i luv this song so much...sebab music dia best...then lyric dia agak meaningful...but sangat sesuai untuk orang yang in love *bukan aku
for me imagination is something interesting and mysterious but but not to far okay....
only we know what we're imagine of......^^
saja share lyric video biar korang bole karaoke sekali....Shawn Mendes ni boleh tahan hensem tau....

               
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

now i found that................

... of Intelligence Albert Einstein Imagination Quote Facebook Wall Pic
see that ??



so sekian sudah entry merapu aku di kala midsembreak ini....kbye

Sunday, November 8, 2015

Happy Mid-sembreak !


salam..any0ng hasey0 !!!
yeayy ! mid-sem break baru nak bermula..masih tak terlambat aku nak ucapkan happy midsem break buat kawan kawan uni lain yang bercuti gak...lepas cuti berderet mid-term..huhu..bertabahlah hati....esaimen yang melambak ni pun nak kena hadap jugak....but alhamdulillah sekurang-kurangnya masih ada ruang untuk bernafas...bebas dari segala program, meeting, class, discussion etc..haha

sekarang pun aku masih tersadai kat kolej...plan nak pegi Langkawi tetiba tak jadi disebabkan ada program lain..huhu...cant wait for this sem break !

kolej pendeta zaaba ku yang terchenta !


Sunday, November 1, 2015

hiking Bukit Saga ^^


Salam..any0ng hasey0 !!!
Semalam first time aku daki Bukit Saga kat area Ampang  bersama geng hikers course aku kt UKM..actually baru je tertubuh group ni sebab sorang member aku ni memang kaki daki bukit/gunung.. so dari situ tercetuslah idea dia nak buat group amatur hikers …tak sia sia aku join group ni.…sebenarnya ni kali kelima aku mendaki bukit..sebelum ni aku dah daki Bukit Broga dua kali, sekali Bukit Unggul, Bangi ngan sekali Bukit Jugra kat Banting…apa yang menarik bila hiking ni kita akan rasa motivated sangat…sebabnya bila kita semakin naik atas bukit, semakin tinggi semangat kita bila nak sampai puncak bukit..cuma kadang bila nak turun tu lagi mencabar sebenarnya..



with gigirls..


Best sangat pengalaman kali ni sebab bukit dia boleh tahan mencabar…dua kali naik turun sebab nak pegi waterfall sekali….mostly chinese yang kitorang jumpa kat Bukit Saga tu…sebelum nak naik jumpa Edry KRU…hihi..rupanya dia pun nak ber-hiking time tu….hensem weh..haha..dekat 5 jam jugak lah menghabiskan masa dekat bukit tu…tapi memang cantik nature kat dalam hutan tu…cumanya view dia tak lah secantik Broga sebab puncak bukit tu tak nampak apa-apa permandangan pun…tapi syok gak berbaring kat buaian  yang disediakan kat puncak bukit tu sambil melelapkan mata mendengar bunyi unggas dan serangga..cewahh !

finally we reach to the top !!!!

air terjun Bukit Saga

Bukit saga ni banyak trek, so korang tak payah risau sangat bila nak daki sana…so far selamat lagi tempat tu…kira terpelihara lagi nature dia..air terjun kat situ pun best sangat…Aku tabik gila ngan member aku selaku pengarah team hiker ni sebab betul betul dapat capaikan impian aku nak panjat bukit….untuk aktiviti ni aku tak keluarkan sebarang duit pun sebab pakai kereta member sendiri je….then ada yang belanja makanan….sebab tu penting cari member yang ada minat yang sama dan ta kisah bab duit…hihi…

keep on climbing !!

view KL dari Bukit Saga

cumanya as perempuan bila nak hiking ni banyak benda kena jaga…time nak daki and nak turun tu jangan hentak-hentak sangat…just slow and steady…pad atau panty liner jangan lupa bawak sebagai persediaan..pilih outfit yang sesuai..wajib pakai sport shoes bila nak hiking especially yang jenis ringan..kalau tak memang sakit gila lah kaki korang..warming up and cooling down bila lepas turun..jangan terus duduk ….buat stretching sikit..alhamdulillah kaki tak sakit sangat pun walaupun sangat adventure pendakian bukit Saga ni….kepuasan dia tu memang korang sendiri kena rasa bila ber-hiking nanti…




After we climbing a great hill, one only find there are many more hills to climb - Nelson Mandela