Thursday, April 14, 2016

Mid-sembreak di Perkampungan Orang Asli Redip, Pos Hau, Klate


salam..any0ng hasey0 !!!
happy mid-sembreak kepada rakan rakan kampus yang tengah bercuti....
bestnya dapat balik rumah tengok muka family..aku ni since masuk sem ni tak balik lagi...ada je program ngan meeting yang berlambak..tu tak termasuk esaimen yang makin menimbun....takpe lah..dah lama aku redha walaupun kadang kadang nangis gak sambil cuci baju kat toilet...haha..


semalam aku baru balik dari program latihan amali dakwah kat Kg.Redip, Pos Hau, Gua Musang, Klate...fuhh...gila penat perjalanan....berjam jam dok dalam bas pastu kena tempuh perjalanan penuh berdebu dan panas hampir 2 jam....fortunately view nature dia subhanallah !!! cantik gila....








program ni program wajib untuk subjek aku untuk semester ni..second time masuk kampung orang asli..tapi yang kali ni memang mencabar sangat...lepas naik hilux kena jalan kaki pulak dalam 2 kilometer lebih bersama pegawai MAIK untuk perasmian....yang ni memang aku penat campur bengang...tapi bila dah sampai jadi teruja sebab kampuang Redip ni cantik dan bersih...





sepanjang 5 hari 4 malam takde line....elektrik yang kejap ade kejap takde sebab hanya berbekalkan generator sahaja...air sejuk gila sangat sangat sebab guna air sungai....
dah lama tak rasa susah macam ni..tapi aku salute sangat dengan diorang sebab tak penah nak mengeluh pun...happy je aku tengok diorang ni...even siang siang panas gila takde kipas diorang rileks je..



antara aktiviti yang kitorang buat bagi sumbangan kat family angkat, aktiviti bersama kanak-kanak orang asli macam gosok gigi, potong kuku, basuh tangan dan sikat rambut...forum wanita, pertandingan busana muslim, LDK kampung impian, sharing moments, bersumpit, memasak labu and so on....alhamdulillah makin lama rasa makin rapat dengan family angkat...makin banyak cerita dapat kongsi...pasal pantang larang & adat resam, makanan diorang dan kraftangan diorang...



feveret food aku kat sana ubi kayu ngan masak labu je....yang lain biasa biasa je...kadang rasa sedih tengok diorang excited makan daging ngan ayam....maybe tak selalu jumpa kut...time make-up kan family angkat rasa happy bila diorang nak bila aku pakaikan shawl...dalam hati aku harap sangat diorang dapat tanam minat dengan Islam.....









time hari last apak & amek (mak & ayah) bagi hadiah gelang manik, rotan ngan penyapu...hampir semua family angkat bagi penyabu buatan tangan diorang...macam lawak pun ada bawak balik penyapu tapi itu lah sentimental value buat aku...so sad bila apak ngan amek takde phone..baru ingat nak contact untuk follow up tentang diorang...sambil sambil tu nak ajak diorang masuk Islam...aku cuma boleh doakan diorang diberikan hidayah untuk masuk Islam satu hari nanti...kalau ada rezeki dapat lah aku jumpa diorang lagi nanti ^^


big family in da house ^^

family potrait ^^

till we meet again ^^
semoga Allah memberikan sinar Islam kepada mereka....supaya satu hari nanti mereka terbuka hati untuk terima Islam.....semoga berjumpa lagi apak, amek, ana, kak lisa, kak lina, abang isju, isahar dan lain lain ^^


my team for this programme..post TTK..seronok bekerjasama dengan korang sepanjang program ni.. ^^

No comments: